Wednesday 23 June 2010

Majalah Harmoni 1 July 2008

Friday 23 April 2010

Majalah Harmoni

Majalah Harmoni

Majalah Harmoni

Mingguan Wanita

Majalah Harmoni

Mingguan Wanita

Mingguan Wanita

Tuesday 20 April 2010

Artikel Majalah Harmoni

FN: Hanya Wanita98
PAGE: 61
 
Oleh: Rosnah Abd. Aziz
Foto: Jefri Iran
 
Golden Horse
Setengah Abad Memulihara Kecantikan Wanita
 
Di tengah-tengah lautan produk kosmetik, Golden Horse Cosmetics barangkali dilihat serupa atau tiada bezanya. Sekilas pandang, rangkaian pembersih wajah, pelembap, krim malam atau pelindung cahaya matahari kelihatan sama seperti yang  dipasarkan oleh ratusan syarikat pengusaha kosmetik yang lain. 



Benarlah kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya Golden Horse Cosmetics bukanlah produk baru. Tahukah anda produk kosmetik ini telah berada dalam pasaran sejak 50 tahun yang lalu, dan selama itulah Golden Horse Cosmetics menjaga dan memelihara kecantikan kulit wanita di negara ini. Oleh itu, anda tidak boleh mempertikaikan lagi tahap keberkesanannya.


 Berita baik bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berjerawat atau berjeragat. Anda boleh mencuba produk ini yang telah terbukti keberkesanannya. Maklum balas yang diterima setakat ini amat memberangsangkan.Usahkan jerawat atau jeragat, kulit muka juga akan kelihatan cerah dan berseri.


Bagi pengasasnya, Siti Zabedah Abd Ghani memberitahu " produk Golden Horse mampu mencantikan kulit. Proses pemulihan kulit yang bertindak dari dalam muka akan mengeluarkan sel-sel mati. Intipati yang terkandung dalam produk ini membersih hingga ke dalam lapisan kulit dan menghalang daripada sinaran ultra violet, menyegar dan mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa kesan sampingan.Selain produk, disiplin adalah perkara utama dalam memastikan wajah kekal menawan dan tidak mudah luntur ditelan usia. Oleh itu, tip paling penting dalam menjaga kecantikan wajah bermula sejak usia remaja.”



Antara produk yang ada ialah:
 
a- Face Cleansing Cream
Ia mengandungi adunan herba semula jadi yang di rumus khas untuk membantu menghalang kulit wajah daripada ditumbuhi jerawat, menjadikan kulit lebih licin, anjal dan lembut.

b- Herbal Moisturizer
Adunan herba ini akan bertindak untuk mengurangkan lebihan minyak, melembap dan sekali gus dapat mengekalkan kesegaran kulit wajah. Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit berjerawat.
 
c- Bio Complex Cream
Mempunyai dua warna yang berbeza mengikut kesesuaian kulit. Fungsi utama krim ini adalah untuk melambatkan proses penuaan, mencerahkan, menganjal dan melindungi kulit daripada sinaran terik pancaran matahari. Bio Complex Cream ini sesuai digunakan pada waktu siang tanpa meninggalkan kesan minyak di muka.
 
d- Sun Block
Ia sesuai digunakan di waktu siang terutama bagi wanita yang aktif dengan aktiviti 'outdoor'. Sun block ini akan bertindak untuk melindungi kulit wajah daripada bahang pancaran matahari yang terik. Mudah digunakan tanpa kesan minyak dan mempunyai rangkaian warna yang berbeza mengikut kesesuaian kulit .
 
E-Pearl Paste
Ia di rumus dan diperkaya dengan pati mutiara dan ginseng yang akan bertindak terus ke dalam kulit untuk menghalang pertumbuhan jerawat serta jeragat. Seeloknya amalkan pemakaiannya pada setiap malam dan pasti anda akan merasai perubahannya.

f- Deep Peeling Gel
Ia perlu digunakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, membantu menghilangkan kotoran serta sel-sel kulit mati agar kulit kelihatan licin, cerah dan segar 
 
Jadi jangan tunggu lagi, cepat-cepatlah menghubungi talian: 03- 20322710 /fak 03-20322720 email:abarifsaid@gmail.com atau berkunjung sendiri ke alamat: Golden Horse Cosmetics- Unit S.B-11,12 & 13, Tingkat Bawah, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Silang 50050 Kuala Lumpur.